Jumpa Tun M Kerana Sayangkan Parti, Kata Dr Shahruddin

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata perjumpaannya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu pejabat Bersatu baru-baru ini kerana sayangkan parti berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, malah beliau menyifatkan bekas pengerusi Bersatu itu sebagai ‘pejuang, bapa dan negarawan’.

“Baguslah tu, jumpa pengasas, pejuang, bapa dan negarawan.

“Kami sama-sama susah, berkempen ketika lawan BN dulu,” katanya di Kuala Lumpur semalam.

Shahruddin, yang juga Ahli Parlimen Sri Gading merupakan antara nama-nama yang disebut bakal meninggalkan kerajaan Pakatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut dikaitkan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof namun menafikan perkara berkenaan.

Shahruddin dan Redzuan dilaporkan bertemu dengan Dr Mahathir selepas lima pemimpin Bersatu dilucutkan keanggotaan parti kerana menyokong Pakatan Harapan (PN).

BBerkaitan

Latest articles