Jumlah Kes COVID-19 Seluruh Dunia Sudah Cecah 30.87 Juta

Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini sudah mencecah 30.87 juta kes.

Ia kerana ada ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut data terbaharu dari Universiti John Hopkins, ia menunjukkan negara Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 6.79 juta jangkitan di negara itu sahaja.

Ini diikuti India dengan 5.4 juta kes manakala Brazil merekodkan 4.52 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes.

Sementara itu, Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.
Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Perancis, Chile, Iran, United Kingdom (UK), Bangladesh, Arab Saudi, Iraq, Pakistan dan Turki.

Negara yang merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Ukraine, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakhstan, Romania, Panama dan Mesir.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,873FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini