Jumlah Keluar Mengundi Peluang Cerah BN Menang Di Pelangai

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memaklumlan peratusan terkini keluar mengundi adalah 69 peratus.

Mengulas hal itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan yakin ia merupakan isyarat bahawa Barisan Nasional (BN) mampu kekal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau percaya peratusan keluar mengundi akan terus meningkatkan berbaki sejam daripada tempoh pintu pusat pengundian ditutup jam 6 petang nanti.

“Ini kawasan BN, pengundi tinggi, jadi BN menang.

“Anak muda pun bukan semua undi mereka (Perikatan Nasional),” katanya ketika ditemui di Felda Chemomoi, petang tadi.

Setakat jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memberitahu peratusan terkini keluar mengundi adalah 69 peratus.

Keputusan penuh dan jumlah keseluruhan keluar mengundi hanya akan diumumkan secara rasmi setelah semua peti undi selesai proses pengiraan.

Seramai 16,456 pengundi bakal menentukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu menerusi PRK DUN Pelangai, hari ini.

PRK kawasan itu perlu diadakan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pertandingan merebut kerusi tersebut menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon Kasim Samat yang juga bekas calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Manakala, BN meletakkan anak tempatan, Datuk Amizar Abu Adam dan seorang lagi calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli juga bertanding.

BBerkaitan

Latest articles