KUALA LUMPUR: Beberapa inisiatif strategi telah disusun Juara Travel & Tours Sdn Bhd (Juara) dalam usaha memantapkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di negara ini.
Pengarah Urusannya, Hajjah Rosnah Wagino berkata selaku penyedia perkhidmatan haji dan umrah di negara, usaha sedemikian adalah penting supaya Juara Travel & Tours Sdn Bhd dapat berkembang dengan jaya.
Juara yang kini memasuki tahun ke-20 operasinya sentiasa berpegang dengan slogan ‘Juara Pilihan Kami’ dan berjanji memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji pada masa akan datang.
“Pada musim haji tahun ini, Juara akan membawa seramai 220 jemaah dan menyediakan persiapan yang rapi dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal-bakal haji yang memilih kami sebagai agensi pengelola haji mereka.
”Kami adalah agensi yang menjalankan kursus dengan simulasi lengkap selama 2 hari agar para jemaah dapat merasai sekurang-kurangnya keadaan sebenar yang bakal dihadapi di Mekah nanti,” katanya ketika ditemui di Kursus Haji Perdana 1445H di Port Dickson, baru-baru ini.
Menjelaskan berkenaan perkhidmatan ibadah kelima Islam itu, Rosnah memberitahu Juara merupakan Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan menyediakan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.
“Juara juga syarikat pengendali pakej umrah dengan servis terbaik, kami tidak menolak apa sahaja keadaan jemaah, ada yang perlu jalani dialisis namun ingin ke tanah suci juga tetap kami terima kerana kerjasama dengan pihak hospital disana untuk menguruskan jemaah ini.
“Dengan pakej bermula RM6990, kami menyediakan khidmat pembimbing untuk menyantuni para jemaah sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah,” ujarnya.
Pernah terkesan dengan pandemik COVID-19, Rosnah menceritakan syarikatnya turut berdepan dengan masalah yang sama dan mengakibatkan 4000 jemaahnya terkandas dan tidak boleh ke tanah suci.
“Ketika itu, ianya satu ujian besar kepada saya apabila suami saya meninggal dunia akibat COVID-19 dan dalam masa sama seramai 4000 jemaah kami tidak boleh berangkat ke tanah suci.
“Amanah yang ditinggalkan arwah suami itu membakar semangat untuk saya berusaha mempertahankan syarikat terus beroperasi di kala banyak bisnes terpaksa tutup.
“Alhamdulillah, waktu itu Juara Travels berjaya menguruskan 4000 jemaah terkandas tanpa masalah” katanya lagi.
Sementara itu, Juara juga turut menyediakan perkhidmatan pelancongan luar negara antaranya, Turki, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.
Menurut Rosnah lagi , Juara kini mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia dan ibu pejabatnya terletak Taman Nirwana, Ampang.
Beliau berkata, Juara sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan operasi syarikat terus cemerlang dan menjadi pilihan utama jemaah umrah dan haji.