JPJ Tawar Kompaun Khas RM150 Selama 6 Bulan Untuk Tiga Jenis Kesalahan – Loke

PUTRAJAYA: Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), ) menawarkan bayaran kompaun khas dengan kadar rata sebanyak RM150 berbanding RM300 selama enam bulan, bermula esok hingga 30 Jun 2025.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kompaun khas itu melibatkan tiga jenis kesalahan termasuk saman sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).

“Saman AWAS melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju. Ketiga-tiga notis ini biasanya kadar kompaun biasa RM300.

“Jadi kita beri kadar kompaun khas selama enam bulan, bermula 3 Januari untuk mereka menyelesaikan kompaun tertunggak,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Pejabat Baharu JPJ di sini, hari ini.

Menurut Loke, bagi kesalahan di bawah AWAS, sebanyak 2 juta saman direkodkan masih tertunggak sejak enam tahun lalu.

Selain itu, katanya, bayaran boleh dibuat melalui kaunter JPJ, portal awam, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ dan Aplikasi myJPJ sahaja.

“Bagi saluran aplikasi myJPJ, pembayaran mula dibuka pada 2 Januari 2025. Tiada tawaran pembayaran kompaun khas melalui saluran MyEG,” katanya.

Katanya, mereka yang menyelesaikan sama dalam tempoh itu tidak akan dikenakan pengumpulan mata merit.

Bagaimanapun, Loke memberi amaran, mereka yang gagal menyelsaikan saman sebelum Jun tidak akan dibenar memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu.

“Kegagalan orang awam mengambil peluang ini akan mengakibatkan berlaku sekatan urusniaga selepas tempoh tawaran pembayaran khas kompaun yang akan dilaksanakan oleh pihak JPJ,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles