JPJ Sahkan Kereta Mewah tidak guna no pendaftaran sebenar

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.

JPJ KL menasihati pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan suami artis popular minggu lalu.

Jabatan itu turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.

“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya seperti yang dilaporan portal Berita Harian,

Sebelum ini, suami kepada seorang pelakon dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Sementara itu di media sosial, netizen mempersoalkan pemilik sebenar kenderaan mewah ditunjukkan suami pelakon berkenaan.

Netizen mendakwa nombor plat tertera dalam gambar itu bukan berdaftar atas kenderaan terbabit dan berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.

BBerkaitan

Latest articles