Johor Rancang Bina Laluan Pejalan Kaki Di Tambak Johor Lengkap Dengan Penyaman Udara

Negeri Johor sedang merancang untuk kemungkinan membina laluan pejalan kaki lengkap dengan penyaman udara sepanjang 350 meter di sempadan Malaysia-Singapura di Tambak Johor di sebelah Malaysia.

Memetik laporan portal Channel News Asia (CNA), kerajaan negeri Johor sudah pun memohon RM30 juta peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan laluan itu, demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor, Mohd Solihan Badri semalam.

Permohonan kali ini bertambah sekali ganda daripada jumlah asal RM15 juta selepas ia direka semula lengkap dengan eskalator dan alat penyaman udara.

BACA : Ismail : Kedaulatan Sabah Akan Terus Dipertahankan 

Beliau memaklumkan perkara itu ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang di Bangunan Sultan Ismail hari ini.

Dalam perancangan, laluan pejalan kaki itu akan dibina sepanjang 350 meeter di sempadan bahagian Malaysia.

“Sebelah Singapura saya tidak pasti berapa jaraknya,” katanya.

Dianggarkan ramai pejalan kaki melintasi sempadan berkenaan di Tambak Johor setiap hari sebelum Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas untuk menyekat penularan wabak COVID-19.

Difahamkan, sebenarnya pejalan kaki tidak dibenarkan berada di atas tambak berkenaan, jelas Mohd Salihan menurut laporan CNA itu,

Beliau berkata, beberapa orang pegawai dari Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru sudah menyatakan berminat dengan projek berkenaan.

“Mereka ada meminta untuk mendapatkan rekaan laluan pejalan kaki itu untuk membolehkan mereka memajukan cadangan sama kepada kerajaan Singapura,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...