johari Ghani gesa Speaker siasat dakwaan Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul diminta untuk menyiasat dakwaan seorang Ahli Parlimen bahawa dirinya didesak secara tidak wajar supaya membetulkan kenyataan yang dibuat di dalam Parlimen.

Gesaan itu disuarakan Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, terhadap dakwaan dibuat Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Semalam, Ka Siong yang juga bekas Menteri Pengangkutan memberitahu Dewan Rakyat bahawa seorang orang awam, yang mendakwa daripada wakil J&E Advance Tech Sdn Bhd, menghubunginya supaya menarik balik kenyataan yang dibuatnya di Parlimen mengenai pengimportan telur dari India.

Ka Siong mendakwa, pemanggil lelaki itu dikatakan sudah berbincang dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) supaya Presiden MCA itu memperbetulkan kenyataan dan menyelesaikannya di luar mahkamah.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, kenyataan Ka Siong itu menunjukkan wujudnya kepentingan di pelbagai peringkat bahawa Yang Dipertua perlu bertindak segera kerana ia jelas menjejaskan prosiding di dewan yang mulia itu, selain keupayaan Ahli Parlimen melaksanakan tugas mereka.

“Pertamanya, seorang Ahli Parlimen tidak boleh ditekan mana-mana pihak untuk membuat sebarang kenyataan secara paksaan.

“Keduanya, tiada pegawai awam atau mana-mana ahli perniagaan harus terbabit dalam sebarang urusan yang bertujuan bagi memberi tekanan kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk melakukan sebarang tindakan atau mengatakan apa-apa kenyataan,” katanya yang dipetik dalam laporan FMT, hari ini.

Pada masa sama, Johari turut menyifatkan desakan seperti itu berisiko menjurus kepada kesalahan jenayah.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan II, berkata dakwaan pemanggil bahawa wujudnya perbincangan dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mungkin boleh menjadi suatu bentuk pencerobohan yang menyalahi undang-undang oleh eksekutif ke dalam Parlimen.

“Ia juga mungkin setara dengan perlanggaran disiplin penjawat awam. Parlimen bertanggungjawab menyiasat perkara ini dan memastikan tindakan diambil,” katanya.

 

BBerkaitan

Latest articles