JIPS Mulakan Siasatan Terhadap Anggota Tunjuk Isyarat Lucah

KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah memulakan siasatan terhadap anggota polis yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyeru wanita terbabit tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.

“Jika ada mangsa lain yang mengalami insiden sama turut diminta tampil dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau memberi jaminan bahawa siasatan kes itu akan dijalankan dengan teliti dan telus.

Sebelum ini, tular hantaran menerusi media sosial oleh seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya ketika mengambil gambar dalam satu protes berkaitan hak asasi manusia di sini.

Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat. – BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles