Jika Bukan Presiden, Siapa Pemimpin UMNO Yang PAS Dakwa Adakan Rundingan Itu?

KUALA LUMPUR: Nampaknya polemik antara UMNO dan PAS semakin panjang apabila Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan dicabar untuk mendedahkan siapakah pemimpin parti itu yang didakwa melakukan rundingan tanpa pengetahuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendesak Abdul Hadi untuk memberikan fakta dan bukan hanya dakwaan sahaja.

”Siapakah pemimpin UMNO yang mereka runding itu? Takkanlah setakat level ketua cawangan saja yang boleh mempengaruhi kepimpinan UMNO. Nampak sangat Abdul Hadi reka cerita untuk cari modal dan publisiti PRU15.

”Jadi saya nak pesan kepada Hadi janganlah reka-reka cerita dan buat fitnah kepada pemimpin UMNO. Buat apa nak adakan cerita palsu semata-mata nak raih keuntungan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu juga Takiyuddin, yang juga Setiausaha Agung PAS untuk turur sama mendedahkan identiti pemimpin UMNO itu yang kononnya terlibat dengan rundingan.

Bagaimanapun Nur Jazlan percaya ramai pihak di dalam UMNO tahu beberapa nama pemimpin ‘berpengaruh’ di dalam parti itu yang berkemungkinan berunding dengan PAS.

Namun mereka tidak berjawatan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MT) kerana ahli MT keseluruhannya setuju dengan keputusan tolak MN ini semasa Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Luar Biasa UMNO.

Malah hampir semua juga hadir sewaktu majlis taklimat Presiden dua minggu lepas.

”Saya sebagai salah seorang Ketua Bahagian dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor pun tak dapat maklumat atau dimaklumkan oleh parti mengenai adanya rundingan berkaitan Muafakat Nasional (MN) dengan PAS.

“Saya percaya majoriti pemimpin dan ahli akar umbi UMNO pun tak ada info pasal rundingan ini kerana kami semua tetap berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) serta ketetapan parti untuk memutuskan kerjasama dalam PN.

”Itu keputusan parti dan bukannya keputusan Zahid seorang seperti didakwa Hadi. Semua orang tahu,” tegas beliau.

Menurut Nur Jazlan, pintu MN sudah tertutp dan UMNO juga nekad untuk bergerak solo pada PRU15 nanti.

BBerkaitan

Latest articles