Jentera Bn Perlu Tangkas Sampaikan Maklumat Perbetulkan Persepsi Yang Negatif Kepada Bn: Bung

ULU TIRAM : Jentera Barisan Nasional (BN) termasuk Pemimpin di peringkat akar umbi perlu tangkas dan berperanan lebih besar dalam menyampaikan kebenaran sekali gus memperbetulkan persepsi negatif rakyat yang sering dikelirukan oleh pihak pembangkang,

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata pembangkang kerap kali gemar menyelewengkan fakta dan seterusnya disebar luaskan menerusi media sosial sehingga yang batil menjadi benar, dan sering kali juga kerajaan dan pemimpin menjadi mangsa dalam permainan persepsi ini.

” Inilah model kempen mereka semasa PRN Johor kali ini, sama seperti apa yang mereka lakukan semasa PRU-14 namun saya yakin dan percaya rakyat khususnya di dua kawasan DUN ini Tiram dan Putri Wangsa lebih bijak berfikir yang mana fitnah dan fakta ” katanya ketika berucap di majis ramah mesra bersama jentera BN dan calun-calun BN dekat sini kemarin.

Hadir sama Ketua Umno yang juga Pengerusi BN Tebrau Datuk Maulizan Bujang Calon BN N.40 Tiram Azizul Bachok,Calon BN DUN Putri Wangsa Ng Yew Aik dan Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan,

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatkan penduduk di kawasan tersebut agar tidak mudah terpedaya dengan gaya kempen pihak lawan terutamanya di media sosial yang banyak pembohongan fitnah serta serangan peribadi.

” Corak kempen mereka (parti lawan) lebih kepada proganda mereka gagal menunjukkan tawaran yang terbaik kepada rakyat Johor berbanding dengan manifesto BN yang lebih jelas hala tujunya jika diberikan mandat oleh rakyat dalam PRN kali ini” katanya.

Menurut Ketua Umno Sabah ini Rakyat Johor kali ini tidak akan tertipu lagi ,dan PRN kali ini adalah masa yang sesuai untuk mengembalikan potensi kejayaan Johor bersama BN.


Mengulas calon yang diletakkan oleh BN bagi DUN Tiram dan Putri Wangsa Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah kedua-dua tokoh ini adalah pemimpin muda yang bertenaga dan berwawasan jauh untuk membawa perubahan di kawasan tersebut.

” Kepimpinan BN Pusat dan Johor sudah tentu meletakkan calon yang berkualiti yang boleh menggalas tugas sebagai wakil rakyat dan rakyat di kawasan ini perlu menyokong bagi mempastikan dua kawasan ini akan dikuasai oleh BN semasa PRN kali ini” katanya.

BBerkaitan

Latest articles