Jenazah Pertama Nahas Pesawat Dikebumi Di Sungai Petani Hari Ini

KUALA LUMPUR: Jenazah penunggang p-hailing yang teebabit dalam nahas pesawat ringan di Perumahan Elmina 8 Central Park, Seksyen U16, Shah Alam Khamis lalu, akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Jerung, Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Terlebih dahulu, jenazah Allahyarham dituntut ayahnya, Muhammad Saleh Othman di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), pada jam 9.42 pagi.

Sementara itu, Muhammad Saleh memaklumkan jenazah anaknya itu diuruskan oleh kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Manakala solat jenazah diadakan di Masjid Ar-Rahimiah yang terletak di hadapan HTAR.

“Kemudian kita akan membawa jenazahnya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani. Insha-Allah, jenazah akan dikebumikan hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam pengurusan jenazah Allahyarham ini,” katanya ketika ditemui d ipekarangan Jabatan Forensik HTAR, pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan memberitahu mayat pertama yang dikenal pasti itu disahkan identiti oleh pakar patalogi hospital itu adalah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, seorang penunggang p-hailing.

Katanya, pihak polis akan mengaturkan perjalanan van jenazah ke kampung halaman Allahyarham di Sungai Petani untuk dikebumikan, seperti mana kehendak keluarga mangsa.

“Seluruh petugas, PDRM dan petugas kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles