Jenazah Osman Sapian Dikebumikan Selepas Zohor

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, selepas Zohor hari ini.

Perkara itu dimaklumkan keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berkenaan, demikian menurut Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Senator Md Nasir Hashim.

“Jenazah Datuk Osman Sapian dijangka tiba tengah hari ini dari Damansara, Selangor.

“Ia akan dibawa ke Masjid Al Raudah, Kampung Dato Onn, Larkin untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di sini, untuk dikebumikan selepas Zohor nanti,” katanya memetik laporan BH.

Terdahulu, Osman, 70, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Damansara, kira-kira jam 11.45 malam.

Perkara itu dilaporkan disahkan abang kepada bekas Menteri Besar Johor ke-16 itu, Datuk Aziz Sapian.

Osman, dikejarkan ke Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Johor pada 13 Oktobet lalu setelah diserang strok ringan.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan selepas tahap kesihatannya merosot.

Pada 13 November lalu, Osman dilaporkan kembali stabil tetapi masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.

Osman adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama daripada BERSATU yang dilantik selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Allahyarham menjawat jawatan itu selama 11 bulan sebelum melepaskan jawatan pada April 2019.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa BERSATU Johor dan Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam.

BBerkaitan

Latest articles