‘Jenaka Abad Ini’ – Reaksi Timb KM S’wak Terhadap Pencalonan Shafie

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing secara sinis memberi reaksinya terhadap pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

“Shafie sebagai calon perdana menteri dan Anwar (Dattuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai timbalan perdana menteri?

“Adakah Mahathir bergurau? Saya harap beliau berada dalam keadaan sedar apabila mengeluarkan kenyataan tersebut, jika sebaliknya kenyataan itu adalah suatu jenaka pada abad ini.

“Sesuatu cadangan perlu digerakkan daripada sekadar mimpi,” katanya kepada akhbar harian berbahasa Inggeris, New Straits Times.

James, Presiden kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga salah satu komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) percaya pencalonan Shafie itu sengaja dilakukan Dr Mahathir untuk menidakkan peluang Anwar untuk jawatan tersebut.

Semalam Dr Mahathir menamakan Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah sebagai calon PM Pakatan Harapan (PH) jika mereka berjaya mendapatkan semula kuasa di persekutuan.

Malah bekas pengerusi berstau itu turut menamakan Anwar dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri 1 dan 2.

BBerkaitan

Latest articles