Jelas Tun M Tak Pernah Ikhlas Dalam Bekerjasama, Berbeza Dengan Matlamat DAP

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad selepas bekas Perdana Menteri itu mengakui beliau hanya mempergunakan DAP untuk menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2018.

Ujar Anthony, pendedahan Dr Mahathir menerusi podcast “Keluar Sekejap” itu membuktikan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu tidak pernah ikhlas bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Sedangkan DAP bersedia dan bersetuju bekerjasama dengan Dr Mahathir kerana matlamat parti itu yang mahu membawa pembaharuan kepada pentadbiran dan kemajuan Malaysia, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018.

Anthony juga memberitahu ketika itu, DAP juga telah berbincang secara panjang lebar dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH), untuk mendapatkan persetujuan mengenai kerjasama berkenaan.

“Kita juga ada bertanyakan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih dalam penjara ketika itu, yang pada mulanya beliau agak keberatan untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir, tetapi akhirnya bersetuju kerana melihat ada keperluan dari segi strategi untuk menggabungkan pengaruh dan kuasa, bagi membawa pembentukan kerajaan baharu.

“…dan pada 2018 terbukti bahawa strategi itu membuahkan hasil kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional ditewaskan. Cuma apa yang berlaku selepas pembentukan kerajaan baharu, kita kesali kerana ia tidak dapat mencapai objektif yang sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium Keselamatan Wanita dalam Industri Transit dan Pengangkutan di Bandar Sunway hari ini.

Terdahulu Dr Mahathir dalam rakaman podcast Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan semalam, mengakui dirinya hanya mempergunakan DAP untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.

BBerkaitan

Latest articles