PUTRAJAYA, 13 Feb — satu jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan yang dipengerusikan oleh oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.
Penubuhan jawatankuasa itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bagi memastikan proses siasatan dilaksanakan secara telus dan teratur.
Jawatankuasa khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Peguan Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, manakala keanggotaannya terdiri daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican ujar Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini
Menurut Kenyataan itu lagi, jawatankuasa berkenaan akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada pihak yang disiasat, selain memastikan setiap proses dilakukan mengikut tatacara yang ditetapkan.
“Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada YAB Perdana Menteri serta Pihak Berkuasa Tatatertib untuk pertimbangan lanjut, katanya, .
Kerajaan menegaskan penubuhan jawatankuasa khas itu mencerminkan komitmen untuk memastikan integriti institusi awam terus terpelihara serta setiap isu yang dibangkitkan ditangani secara profesional dan bebas.










