Jawatankuasa Khas Ketatkan Kawalan Sempadan – Hamzah Zainuddin

Susulan banyaknya laluan tikus bagi aktiviti penyeludupan ketika perintah kawalan Pergerakan ( PKP ), satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menangani masalah itu di sempadan ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Katanya jawatankuasa khas itu akan bekerjasama dengan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam menentukan strategi tertentu

Beliau yang melakukan lawatan kerja di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Rantau Panjang memaklumkan sebagai contoh di sempadan Kelantan dan Thailand sahaja sebanyak lapan puluh lapan laluan tikus yang telah dikenalpasti.

“ Daripada jumlah lapan puluh lapan ini, sudah tentu ianya bukan statik dan ianya berubah, kalau dia sudah tahu kita sudah kenal pasti, mereka akan berubah-rubah ke tempat yang berdekatan.

Malah paling penting kawalan diperkatatkan bagi memastikan penularan wabak dari luar dapat dikawal katanya

“ jadi kita perlukan strategi kerana kita tidak tahu bila akan habisnya tempoh kawalan pergerakan (PKP) ini. Saya bercadang untuk bekerjasama untuk memastikan bahawa selepas PKP nanti pergerakan ini juga harus diperketatkan kerana daripada apa yang kita pelajari dari negara China, selepas habis sahaja PKP bukan bermakna dia sudah habis, tidak ada lagi wabak covid-19 ini katanya lagi

Selain itu jawatankuasa khas berkenaan juga akan meneliti cadangan untuk pembinaan tembok di sepanjang sempadan yang sudah dikemukakan pelbagai pihak semenjak beberapa tahun lalu katanya lagi

BBerkaitan

Latest articles