Jawatan Tertinggi Parti Tidak Perlu Dipertandingkan Demi Memantapkan Semula UMNO

KUALA LUMPUR: Dalam suasana gelombang politik yang tidak stabil ini, sewajarnya jawatan presiden dan timbalan presiden itu tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang demi memantapkan semula UMNO. 

Ahli Jawatankuasa UMNO Negeri Sabah, Datuk Abd Hajan Gurimbang, berkata UMNO sebelum ini telah menerima bermacam-macam tohmahan seolah-olah UMNO begitu jahat sedangkan itu hanya naratif mereka yang tidak bertanggungjawab.

“UMNO adalah sebuah parti perjuangan yang begitu lama dan dalam suasana gelombang politik yang tidak menentu maka bagi pandangan saya wajar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak lagi dipertandingkan demi memantapkan UMNO.

“UMNO sebelum ini telah mendapat tohmahan bertubi-tubi mengenai isu-isu UMNO seolah-olah UMNO adalah perompak dan sebagainya. Hakikatnya itu hanya lah penyampaian oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab. 

“Jadi saya mencadangkan  supaya pemilihan kali ini tak perlu diadakan demi untuk kelangsungan parti UMNO supaya kukuh dan mantap seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022), di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Hajan berkata sekiranya jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan beliau percaya proses demokrasi tetap diteruskan. 

“Proses demokrasi kita jalankan tetapi kita faham suasana antara keperluan dan keutamaan di mana hari ini kita berdepan dengan tsunami politik. Jadi wajarlah UMNO itu dimantapkan. 

“Semasa UMNO bermasalah Presiden Timbalan Presiden parti sanggup tidak memiliki jawatan untuk mempertahankan UMNO supaya menjadi satu wadah perjuangan parti Melayu,” katanya. 

Mengulas mengenai kemelut politik Sabah, beliau berkata perkara itu telah diselesaikan dengan berhemat dan bijaksana oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta menyerahkan kepada Ketua Menteri Sabah untuk menangani isu-isu di Sabah. 

“Saya lihat hari ini isu pergolakan politik di Sabah sudah tenang tiada masalah lagi. Apa yang penting negeri Sabah mahu fokus pada agenda ma63 – bagaimana kelangsungan Sabah dijadikan wilayah yang dapat dibangunkan.

“Malah kerajaan persekutuan juga memberi kepercayan khususnya dalam pengendalian gas dan yang lain lain,” katanya. 

BBerkaitan

Latest articles