More

    Jawatan Dalam GLC: PKR Tunggu Respon Dari Tian Chua

    Naib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan masih belum memberikan sebarang jawapan berhubung arahan untuknya melepaskan jawatan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

    Setiausaha PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan surat arahan berkenaan telah dihantar kepada bekas ahli parlimen Batu itu pada dua minggu lalu.

    “Surat itu sudah dihantar oleh saya kepada Tian Chua dan dia belum beri apa-apa jawapan kepada saya. Namun, tidak ada had masa diberikan, tetapi kita minta seberapa segera,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.

    Saifuddin bagaimanapun memberitahu tiada desakan kepada Tuan Chua supaya respon terhadap surat berkenaan.

    Untuk rekod, Tian Chua dilantik ke jawatan berkenaan pada 26 April 2019.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini