Jawapan UMNO Kepada PAS Akan Diberikan Minggu Depan

Parti UMNO akan menjawab persoalan parti PAS minggu depan tentang kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut ada dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ketika ini, tumpuan hanya diberikan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung esok.

“Fokus PRN Sabah dahulu. Minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup, pimpinan (PAS) boleh dapatkan penjelasan atas semangat musyawarah dan ukhuwwah.

“Sama-sama perlukan penjelasan termasuk penyertaan PAS sebagai salah satu komponen parti dalam Parti Perikatan Nasional (PN).

“UMNO tidak pernah membelakangi PAS jauh sekali untuk mengkhianati prinsip bersama sebagaimana yang digariskan dalam Piagam Muafakat Nasional,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Fokus PRN Sabah dahulu, minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat Nasional SECARA TERTUTUP, pimpinan boleh dapatkan…

Gepostet von DR ASYRAF WAJDI DUSUKI am Donnerstag, 24. September 2020

Hari ini dan semalam, ramai wakil rakyat UMNO dan BN dilihat membuat kenyataan menafikan sokongan kepada Anwar selepas ada satu portal bertindak mendedahkan nama-nama tertentu dan dikatakan menyokong usaha itu.

Mengulas lanjut, Asyraf juga berkata, kerjasama antara UMNO dan PAS di bawah Muafakat Nasional amat kukuh.

BACA  : Pendaki Kontak Rapat Pesakit COVID-19, Gunung Kinabalu Ditutup Selama Dua Minggu

“Kerjasama UMNO, PAS dalam Muafakat Nasional sebenarnya amat kukuh. Walaupun ada usaha menggugatnya, namun selagi matlamat permuafakatan atas semangat penyatuan ummah sebagaimana digariskan bersama, insya Allah tiada apa yang boleh menggangu-gugatnya,” katanya.

PAS hari ini meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sekiranya keadaan itu benar, bermakna UMNO tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...