Jasa Tun M Kepada M’sia Terlalu Banyak, Kata Maszlee Selepas Keluar Pejuang

 

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata dirinya tetap menghormati bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun kini memilih haluan yang berbeza.

Maszlee Mahu Bebas Bergerak Bersama NGO

‘Rakyat Muak Dengan Politikus Elitis’, Maszlee Umum Keluar Pejuang

Apatah lagi dirinya pernah bersama-sama dalam wadah politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyumbang kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, dilantik sebagai menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan berjuang dalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) walaupun dalam tempoh yang singkat.

Maszlee, yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata dirinya masih menghormati Dr Mahathir sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kejayaan dan pembangunan Malaysia.

“Ketidaksetujuan saya dalam hala tuju politik ke hadapan tidak pernah mengurangkan rasa hormat dan kagum saya pada sosok besar negara ini

“Jatuh bangun negara, dari padang pasir yang tandus sehingga tersergam menara berkembar tertinggi di dunia, sosok ini ada, memerhati dan merakam cermat sejarah jatuh-bangun anak bangsa.

“Meskipun wadah dan fahaman politik kita berbeza, sentiasa ada sosok yang layak kita tumpahkan hormat kerana jasa besar mereka buat kita, buat negara, teramatlah banyak,” katanya dalam satu hantaran Facebook semalam.

Mszlee mengumumkan penarikan dirinya daripada Pejuang pada dua hari lalu dan mahu menumpukan kepada kerja-kerja kebajikan di kawasan parlimennya.

Dalam kenyataan media pengumuman itu, Maszlee memberitahu bahawa “rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis”.

Malah dalam tempoh terdekat beliau didakwa tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan mahu fokus kepada gerakan perubahan pendidikan untuk manfaat rakyat dan negara.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini