Janna Nick Akui Alami Gangguan Bipolar

Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Janna menerusi satu hantaran di Instagramnya berkata, dia kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak seminggu lalu.

“Secara klinikal, saya disahkan menghidap bipolar disorder. Kini, saya perlu masa menghindari media sosial untuk fokus kepada diri sendiri. Sejak seminggu lalu (dan mungkin berterusan), saya perlu mengambil ubat anti kemurungan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Pada awalnya, saya fikir minda saya bekerja seperti biasa sama seperti orang lain. Saya memang ingat semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka.

“Saya memang ingat ia bunyi suara-suara biasa yang bercakap di antara satu sama lain seperti perbincangan dalam kumpulan sehinggalah saya mula mengambil ubat-ubatan dan mengenal pasti sendiri,” katanya.

Janna berkata, dia tidak pasti jika penyakit itu ada hubung kait dengan genetik keluarga atau berkaitan dengan kisah-kisah lampaunya.

“Ketika berusia lapan tahun, saya pernah rasa mahu mati. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti rakan yang lain. Sepak terajang memang makanan dan itu yang selalu saya ingat,” katanya.

Menurut Janna, ketika berusia 14 tahun, dia cuba membunuh diri dengan menelan pil dan pelbagai jenis ubat.

Ketika berusia 15 tahun dan dalam persiapan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia pernah mengelar pergelangan tangannya di depan adik perempuannya.

“Saya datang dari keluarga tidak sempurna. Dulu, duduk sekolah asrama pun jauh,” katanya.

Menurut pelakon drama Melastik Ke Hatimu dan pengacara Melodi ini, setiap minggu dia hanya memendam perasaan melihat ibu bapa dan keluarga rakan-rakannya datang melawat anak masing-masing di asrama itu dengan membawa bekalan makanan.

Namun, dia hanya mengintai di sebalik tingkap.

Dalam tempoh dua jam, hantaran dimuat naik Janna itu menerima lebih 60,000 tanda suka dan lebih 1,100 komen.

Rata-rata komen berupa doa dan kata-kata semangat itu dititip kebanyakan pengikut Janna dalam kalangan rakan-rakan penggiat seni dan peminat yang menyokong kerjayanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,604FollowersFollow
20,300SubscribersSubscribe

Terkini