Jangan Tuduh Menuduh Isu Penggantungan NAFAS Kata Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu, meminta semua pihak untuk tidak menuduh atau menyalahkan mana-mana individu secara spesifik dalam isu penggantungan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Beliau menegaskan bahawa penggantungan ini adalah berdasarkan pindaan dan keputusan yang dibuat mengikut kuasa Menteri dengan nasihat penyiasat undang-undang, sama ada dari dalaman kementerian atau Pejabat Peguam Negara (AG).

“Soal ada mereka, orang itu, orang ini terlibat dalam melakukan penyelewengan, sekarang ini masih di peringkat siasatan oleh SPRM. Kita tidak mahu menuduh atau ‘pinpoint’ kepada sesiapa,Sama ada bekas Menteri, bekas Timbalan Menteri atau Menteri sekarang, jangan tuduh-menuduh ” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 1 November lalu, Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir Matamin, telah menggantung Perlembagaan NAFAS di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). Dalam tempoh penggantungan ini, jemaah pengarah dan pihak pengurusan NAFAS tidak mempunyai kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan pertubuhan tersebut.

Sebelum itu Sim Tze Tzin (PH- Bayan Baru) telah meminta penjelasan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai kontroversi yang berlaku dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) serta halatuju kementerian dalam menstruktur semula pertubuhan itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya Bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Ronald Kiandee mengenai peranan majlis penasihat nafas ini berfungsi di bawah akta ini dan di bawah kedudukan pelantikan sebagai seorang pentadbir pula kata Mohamad Sabu mereka telah berbincang panjang hal ini soal kuasa itu. Sebab itu kita dengan penuh teliti dan penasihat-penasihat daripada Penasihat YUndang-Undang ( PUU) diambil kira dan dapati apa yang dilakukan sekarang.

Menurut akta iaitu Seksyen 701 dan akta 109 memenuhi syarat-syarat yang dikatakan sekarang ini dijalankan oleh pengurus.

Tambahnya Begitu juga soalan tadi, kita ke arah baja ini dah mula pergi kepada tender. Misalnya baja organik, lebih daripada 100 juta dah mula dibuka tender. Kalau tender dibuka akan datang, nafas juga boleh masuk sebagai satu identitinya untuk tender baja itu.

” Supaya ia berlaku satu kompetisi yang baik dan ke arah penyelarasan yang lebih baik. Yang pentingnya akhirnya kita mahu petanilah yang untung. Ini yang kita menuju ke arah itu ” katanya

Mohamad Sabu juga  berkata bahawa ini kali ke 3 agensi itu digantung .

ini adalah kali ketiga NAFAS digantung, dengan penggantungan sebelum ini berlaku di bawah kepimpinan bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Kali ini, penggantungan ini akan diteruskan sehingga semua isu selesai dan tata kelola berada dalam keadaan yang terbaik,” katanya.

Pada 1 November lalu Pendaftar Pertubuhan Peladang menggantung Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Arahan penggantungan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir Matamin selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).

Katanya, dalam tempoh penggantungan itu, jemaah pengarah dan pihak pengurusan NAFAS tidak mempunyai kuasa seperti diperuntukan dalam Perlembagaan pertubuhan itu.

“Pendaftar akan melantik pentadbir dan beberapa jawatankuasa bagi mengawasi tadbir urus di NAFAS dan membuat penyiasatan terhadap pengurusan, tatakelola serta rekod kewangan.

BBerkaitan

Latest articles