Jangan Tertipu, Apa Yang PN Tawarkan Di Selangor Sudah Dilaksanakan

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu meneliti kesemua tawaran Perikatan Nasional (PN) Selangor dan tidak terpedaya dengan janji manis calon-calon mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, sebahagian besar tawaran PN Selangor bersifat ‘copy and paste’, bahkan lebih memalukan, apabila banyak janji-janji mereka telah dan sedia ada dilakasanakan di negeri ini.

“Tawaran-tawaran dikemukakan pihak lawan rival dalam pertandingan PN hanya menggunakan sebahagian yang kita laksanakan. Contoh bila ditawarakan subsisidi yuran kafa kita sudah laksanakan dua tahun lepas.

“Bila kita tawarkan kenaikan gaji, ia benar kepada anggapan saya mereka (PN) hanya semarakan program kebajikan tapi tawaran ekonomi agak lemah terutama dalam memulihkan negara dan proses pembangunan semula selepas pandemik COVID-19,” ujarnya.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor yakin Tawaran 5 Tekad 5 tahun oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Selangor sejak ia dilancarkan 31 Julai lalu.

Berbaki empat hari lagi sebelum 12 Ogos ini, beliau yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus mentadbir negeri itu.

“Mengulas perkembangan gerak kerja PH dan BN, kita berada dalam landasan tepat untuk mengekalkan pentadbiran dibawah PH bersama BN dengan beberapa sokongan jelas di akar umbi dan kehadiran rakyat dalam program bersama.

“Malahan manifesto dibentangkan itu juga mendapat sambutan sangat baik terutama dalam program baucar buku, insentif muasasah haji. Tidak ketinggalan penjanaan ekonomi ditawarkan dengan pembinaan rel.

“Juga pembinaan bandar-bandar baru yang ada disebutkan dalam tawaran tersebut termasuk meletakkan Selangor Maritime Gateway (SMG) sebagai satu projek katalis pembangunan tersebut,” katanya.

Amirudin akan kembali mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Sabtu ini.

Dalam pada itu, Amirudin menepis dakwaan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya beliau telah menggerakkan banyak program kebajikan semasa menjadi Menteri Besar Selangor.

Amirudin menjelaskan, sepanjang pemerintahannya beliau telah memperuntukkan perbelanjaan lebih tinggi pada porgram tersebut termasuklah kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Kita juga belanjakan untuk program kebajian dengan peruntukan RM2.3 billion berbanding dia RM1.3 billion.

Kita belanja lebih daripada dia (Mohamed Azmin), termasuk mewujudkan program-program baharu melibatkan GLC.

“Saya juga belanjakan RM1 billion ketika pandemik COVID-19, tahun lepas kita berjaya mendapat bajetsurplus tiga tahun berturut-turut. Itu rekod yang saya boleh kongsi,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles