More

    Jangan Terperangkap Permainan Politik Tokoh-Tokoh, Tegas PKR

    Cadangan nama baru bagi calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) hanyalah permainan politik tokoh-tokoh tertentu, demikian menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

    Menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, semalam, PKR mengingatkan penyokongnya untuk tidak terpedaya dengan sebarang cubaan untuk menggugat parti itu, malah PH secara amnya.

    “Keadilan dan PH akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Umum ke-15 lebih awal dari 2023,” katanya.

    Semalam MPP PKR mengadakan mesyuarat yang menyentuh tentang isu calon perdana menteri, mandat rakyat dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

    Parti tersebut kekal dengan pendirian mereka menamakan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, namun menyatakan masih terbuka untuk sebarang ruang perbincangan.

    Mesyuarat tersebut menyusul selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, pada dua hari lalu mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai perdana menteri kesembilan, selain menamakan Anwar dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri.

    Dr Mahathir mendakwa cadangan tersebut dipersetujui oleh DAP dan Amanah.

    Bagaimanapun dalam kenyataan bersama dua parti berkenaan memaklumkan hal tersebut perlu dibawa dalam mesyuarat tertinggi parti terdahulu sebelum diputuskan.

    Latest articles

    Related articles

    spot_img