Jangan Sibuk Cabar Orang Lain, Anwar Jawab Azmin

SUBANG JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjaga kawasannya baik-baik dan tidak sibuk mencabar pihak lain untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Azmin kini dipercayai berdepan laluan sukar mempertahankan kerusi disandangnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Sibuk dengan dia apa pasal? Dia jaga kawasan dia, tidak mudah bagi dia (mempertahankan kerusi Parlimen Gombak),” katanya ringkas ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku SCRIPT – For A Better Malaysia, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Azmin hari ini yang mencabar Anwar bertanding di Parlimen Gombak pada PRU-15.

“Ada orang nak datang Gombak, silakan. Saya anak jantan. Nak hantar isteri boleh, anak pun boleh. Kalau berani hantar diri sendiri,” kata Azmin dalam ucapan perasmian jentera pilihan raya BERSATU di Shah Alam.

Azmin merujuk kenyataan Anwar sebelum ini yang memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15, sebaliknya mahu bertanding di kerusi Parlimen yang disandang ‘pengkhianat’ PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Beberapa hari lalu, Anwar, ketika berucap pada program Sembang Kencang KLS @ Anwar Ibrahim anjuran Kelab Wartawan Kuala Lumpur & Selangor (KLS), Presiden PKR itu tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak sekiranya PKR memutuskan demikian.

BBerkaitan

Latest articles