Jangan Politikkan Hari Kebangsaan – TPM

KUALA LUMPUR: Jelas kini pembangkang mempunyai agenda dan kepentingan politik tersendiri apabila tidak mahu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan Ke-66 yang sama di negeri-negeri pentadbiran mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, dasar sebegini seharusnya tidak dipolitikkan walaupun wujud perbezaan ideologi politik.

“Kita tidak mahu ada pihak tidak menghormati sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang akan kita raikan secara rasmi 31 Ogos ini oleh kerajaan.

“Agenda dan tema Hari Kebangsaan harus didakap oleh semua pihak. Kita mahu semua bangsa agama, dan latar belakang berbeza menghormati dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan sama ada dari segi tema dan logonya supaya kebersamaan sebagai negara maju.

“Kita boleh berbeza pandangan, pegangan dan pendapat tapi ada akhlak yang harus kita akui sebagai panduan utama kita,” katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Madani Ride PDRM & ISBC Sempena Hari Peringatan Hari Polis Ke-216 dan Bulan Kemerdekaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Tegas Ahmad Zahid lagi, pihak berkaitan perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan perbezaan masing-masing meskipun ianya bertentangan dengan Kerajaan Pusat.

Beberapa hari lalu, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari berkata, empat negeri di bawah pentadbiran perikatan itu mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza.

Tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN semalam, iaitu ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

BBerkaitan

Latest articles