“Jangan Percaya Sangat Dengan Azmin” – Muhyiddin Diingatkan

KUALA LUMPUR: Propaganda Datuk Seri Azmin Ali kononnya Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jatuh selepas pilihan raya negeri 12 Ogos ini tidak boleh dipercayai.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan kata-kata Azmin sebagai tidak masuk akal, malah mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhati-hati dengan strategi politik Azmin.

Ia kerana, pengukuhan Kerajaan Perpaduan pada hari ini kerana adanya parti-parti politi di Sarawak dan Sabah.

“Muhyidin tak boleh percaya sangat propaganda Azmin tu. Jangan berangan nak kembali balik jadi PM ke-11 pula.

“Selagi PAS berada dalam PN, parti-parti politik Sarawak (GPS dan Sabah (GRS) tidak akan bersama PAS.

“Tapi kalau Hj Hadi ikut contoh Lim Guan Eng dengan memohon maaf dari
kepimpinan negeri Sarawak, mungkin boleh kot,” kata veteran UMNO ini.

Ketika berucap di Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor Jun lalu, Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor berkata, gabungan parti itu memerlukan kemenangan Selangor pada PRN ini sebagai isyarat rakyat telah menolak Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Malah, Azmin menegaskan, Anwar perlu berundur dari Putrajaya jika Selangor jatuh kepada PN pada PRN nanti.

BBerkaitan

Latest articles