Jangan Merintih Jika Tak Dicalon, Jangan Sabotaj Parti

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bekas wakil rakyatnya yang tidak tercalon supaya tidak sabotaj atau membuat perkara yang meburukkan parti itu.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu berlaku hanya akan menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap parti rakyat perlu nilai sendiri peribadi politik sedemikian.

“Ketika ini kesetiaan kepada parti, merapatkan barisan lebih penting daripada merintih apabila tidak dicalonkan.

“Maka janganlah pula terfikir untuk mengkhianati parti secara langsung dan tidak langsung,” katanya menerusi Facebook.

Semalam berlangsungnya majlis pengumuman calon parlimen Barisan Nasional oleh Presiden parti itu.

Bagaimanapun yang menjadi tumpuan apabila beberapa nama termasuk menteri dan timbalan menteri seperti, Anuar Musa, Shahidan Kasim, Dr Adham Baba, Halimah Sadique dan Ahmad Zahidi tidak tercalon dalam senarai pencalonan.

Namun, Shahidan Kasim mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Arau walaupun digugurkan oleh BN.

Beliau memberi bayangan kemungkinan akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), namun perkara itu belum dimuktamadkan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, keputusan meletakkan muka baharu adalah sebahagian daripada peremajaan parti dan memastikan penglibatan anak muda diberikan tempat dan kedudukan sewajarnya untuk memastikan suara undi muda bawah 40 tahun tidak dipinggirkan.

“Kita perlu menerima hakikat undi bawah 39 tahun mewakili sekitar 50 peratus pengundi di negara ini yang bakal mengundi pada pilihan raya umum ke-15 ini.

“Maka kita perlu pastikan sayap puteri dan pemuda BN berada dalam landasan yang betul di barisan hadapan, di Barisan Nasional.

“Sebab itulah misalnya Ketua Puteri UMNO Malaysia, Ketua Puteri Negeri, Pemuda UMNO mengambil tempat dan kedudukan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles