“ Jangan Lakukan Aktiviti Songsang di Medan, Bandar Ini Tidak Sokong LGBT”

Pihak berkuasa Medan menegaskan bandar itu sekeras-kerasnya menolak aktiviti dan budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Medan, Bobby Nasution selepas meninjau sambutan Tahun Baharu 2023 di sekitar bandar itu kelmarin.

Katanya, beliau terkejut apabila melihat semakin ramai pasangan songsang tanpa perasaan malu menunjukkan ‘kemesraan’ mereka dalam khalayak awam.

“Sepanjang saya berjalan dari pejabat datuk bandar ke kawasan sekitar, saya lihat ramai pasangan songsang menunjukkan kemesraan mereka.

“Jangan lakukan aktiviti songsang itu di Medan kerana bandar ini tidak sokong LGBT, kita anti-LGBT!

“Masyarakat di sini juga dinasihatkan supaya menjauhi kegiatan songsang itu kerana sudah jelas melanggar peraturan agama dan budaya kita,” tegasnya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Menantu Presiden Joko Widodo itu turut menyatakan tokoh agama berpesan supaya menjauhi perbuatan yang sia-sia.

Jelas beliau, budaya tempatan Medan dan Indonesia juga tidak menyatakan persetujuan membenarkan pasangan sesama jenis menjalin hubungan secara terbuka kerana melanggar norma.

“Tiada satu pun etnik masyarakat di Medan ini yang mengajar penduduk untuk berhubungan sejenis.

“Kita ini ada lelaki dan wanita, tuhan jadikan kita berpasangan, tapi mengapa pilih pasangan sejenis?

“Sehubungan itu, siapa yang masih bujang, saya doakan semoga tahun ini anda bertemu jodoh, bernikah dan mempunyai keluarga bahagia,” ujarnya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,682FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini