Jangan Jadikan Isu Kuota Calon Wanita Penghalang Kemenangan BN

KUALA KRAU: Wanita UMNO diminta tidak memanjangkan lagi polemik berkenaan kuota calon golongan itu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamad Said sebaliknya mengingatkan apa yang penting pada ketika ini adalah menguatkan jentera dan membantu parti demi kemenangan calon.

Apatah lagi untuk merealisasikan kemenangan BN pada 19 November depan, selepas berdepan kekalahan 9 Mei 2018 yang lalu.

“(Berkenaan) Kuota calon wanita tak capai 30 peratus (diharap) tidak menjadi halangan untuk kita malah semangat kita juga tidak luntur,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau itu juga menasihatkan semua pihak menghormati keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memuktamadkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai satu-satunya calon jawatan Perdana Menteri.

“Apa yang diputuskan oleh parti maka itulah yang akan sokong

“Kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi, kita kena bergerak ke hadapan dan fikirkan cara untuk kita menang.*

BBerkaitan

Latest articles