“Jangan Ingat Tun Yang Paling Baik”

KUALA LUMPUR: Susulan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO kini ditadbir oleh golongan perasuah dan penyangak, seorang pemimpin tertinggi parti itu mengkritik bekas Perdana Menteri berkenaan.

Malah, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah turut meluahkan rasa kesalnya apabila Dr Mahathir menuduh orang Melayu dipergunakan oleh pimpinan UMNO hari ini demi meraih kuasa.

“Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, ingatlah, nikmat yang Tun peroleh melalui UMNO lebih daripada orang lain”.

“Bersyukurlah. Dan jangan ingat Tun sahaja yang baik daripada orang lain. Jangan juga ingat semua orang suka pada Tun. Kita pun tahu apa yang Tun lakukan.

“Lagipun Tun tiada apa kaitan lagi dengan UMNO,” tegasnya.

Terdahulu Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya berkata, pemimpin UMNO terbabit hanya berhasrat menggunakan orang Melayu untuk jadi kerajaan dan mengguna kuasa untuk memperkayakan diri mereka.

Katanya, orang Melayu tidak mempunyai sebarang pilihan hendak menyokong parti Melayu melainkan UMNO.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, Dr Mahathir tidak menolak bahawa penubuhan PEJUANG membawa asas politik dan dasar perjuangan yang sama seperti UMNO.

BBerkaitan

Latest articles