More

    Jangan Cetuskan Gelombang Kedua Covid-19 Di Sabah, Biar Warisan Menang Di Batu Sapi

    Kesemua parti politik diminta memberi laluan kepada kemenangan Warisan di Parlimen Batu Sapi menerusi pilihan raya kecil bagi mengelakkan gelombang baru Covid-19 di Sabah melanda.

    Bekas perdana menteri, Datuk Seri Naib Razak berkata demikian rentetan reaksi rakyat yang bimbang berlaku lebih banyak penularan virus berkenaan jika PRK berlangsung dan banyak parti politik bertanding.

    PRK Batu Sapi dijadual diadakan 5 Disember depan dan penamaan calon pada 23 November ini, susulan kematian penyandangnya dari Warisan, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu.

    Dalam masa yang sama, Najib menggesa kerjasama politik untuk memastikan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan diluluskan.

    “Saya percaya tiada ahli Parlimen mahu membantah bajet yang dirangka untuk bendung Covid, pulihkan ekonomi dan bantu rakyat ketika negara amat memerlukannya.

    “Sebab ia hanya akan mengundang kemarahan pengundi terhadap ahli Parlimen yang tak sokong – sebagaimana yang berlaku pada rang Undang-undang bajet tambahan Covid yang diluluskan dalam Parlimen pada Ogos lalu.”

    Ahli Parlimen Pekan itu berkata, rakyat tentu akan menghukum ahli politik atau parti yang memaksa Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan ketika gelombang ke-3 Covid-19 belum ditangani sepenuhnya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini