Jangan Berhenti Solat Di Lorong Kecemasan – Anih Berhad

Anih Berhad, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timir Fasa 1 (LPT1) hari ini mengingatkan pengguna untuk tidak menunaikan solat di lorong kecemasan.

Mengambil kira faktor keselamatan, kenyataan media itu turut menyebut bahawa tindakan itu amat berbahaya apatah lagi menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan tersebut.

“Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur pada setiap kali musim perayaan dan cuti umum.

“Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK juga ingin memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan atas faktor keselamatan,” demikian kenyataan media berkenaan.

Anih Berhad berharap pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan dan persinggahan untuk bersolat atau berhenti rehat di hentian rehat dan rawat sepanjang LPT1 dan LKL ketika pulang ke Lembah Klang.

“(Tindakan itu sebagai langkah persediaan dalam) menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan mendadak dan kesesakan yang bakal ditempuhi kelak,” menurutnya.

Respon itu menyusul selepas beberapa keping gambar yang tular di media sosial menunjukkan pengguna lebuh raya memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk menunaikan solat ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan Aidiladha.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Anjing Dilatih Bagi Mengenal Pasti Individu Dijangkiti Covid-19

Negara Chile kini sedang giat melatih empat ekor anjing dari spesies kacukan labrador dan golden retriever untuk mengenal pasti pesakit yang dijangkiti Covid-19. Kaedah pengesanan...

AirAsia Tawar Diskaun 20% Untuk Semua Penerbangan Dalam Negeri

Air Asia, syarikat penerbangan dengan kadar tambang murah menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi kesemua penerbangan domestik. Tawaran bermula dari sekarang hingga...

PRN Sabah: Tun M Dakwa 13 ADUN Yang Lompat Parti Akan Dihukum Rakyat

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ketidaktentuan politik di Sabah yang memaksa ia mengadakan pilihan raya negeri (PRN) disebabkan amalan rasuah di...

Covid-19: Penghadang Lut Sinar Pisahkan Tempat Duduk Antara Ahli Parlimen

Sebahagian tempat duduk ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat kini diletakkan penghadang lut sinar, sebagai usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk...

‘Ketuanan Melayu’, ISMA Bidas ‘Kenyataan Liar’ Khalid Samad

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) membidas bekas menteri wilayah persekutuan, Khalid Samad yang secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ketuanan Melayu. Presidennya, Aminuddin Yahaya menyifatkan ciapan...