Jangan Ambil Mudah, Pecutan Akhir Berbaki 3 Hari

SIMPANG RENGGAM: Untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri, Jumaat ini, kesemua calon Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak mengambil mudah sepanjang kempen di hari-hari terakhir ini,

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam masa yang sama memaklumkan beliau berpuas hati dengan momentum dan laporan kawasan setakat ini namun BN perlu masih berjaga-jaga apatah lagi tinggal tiga hari berbaki untuk berkempen.

“Jangan ambil mudah, ada beberapa hari sahaja lagi. Buat perancangan dengan tersusan dan teratur. Kena pastikan pengundi-pengundi yang sokong kita keluar mengundi pada Sabtu ini. Itu paling penting.

“Saya puas hati dengan laporan di kawasan-kawasan semangat tinggi, ada pengalaman dan struktur kerja baik, perjalanan kempen kita baik tapi saya masih lagi bersikap konservatif. Jangan silap langkah,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan calon-calon Parlimen Simpang Renggam iaitu N26 Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan N27 Layang-Layang, Datuk Abd Mutalip Abd Rahim bersama jentera dan penyokong petang semalam.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong dalam pada itu mengingatkan para pengundi tidak terpedaya dengan dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan kononnya Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dilantik sebagai menteri besar jika BN menang PRN Johor.

“Datuk Puad sendiri dah nafi kan? Malah beliau juga kata tidak mahu dilantik sebagai Exco pun.

“Ini perkara biasa bila hendak dekat dengan pilihan raya, jangan terikut-ikut sentimen yang boleh pecah belahkan kita. Apa yang penting adalah kemenangan BN, itu sahaja,” tegasnya.

BBerkaitan

Latest articles