JAKIM Siasat Kenyataan “Kemenangan Politik Lebih Utama Daripada Ibadah”

Kuala lumpur — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti kenyataan yang tular dan dilaporkan media berhubung dakwaan bahawa kemenangan politik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dianggap lebih utama daripada menunaikan ibadah umrah atau haji.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM, jabatan itu mengambil serius laporan media bertajuk “PRK Ayer Kuning: Kemenangan politik lebih utama daripada tunai umrah, haji”, yang menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam.

“Bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam serta menghayatinya berdasarkan panduan syarak, JAKIM sedang dalam tindakan meneliti kenyataan tersebut bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan,” kata JAKIM.

JAKIM turut menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh perkara-perkara berkaitan agama agar tidak menimbulkan kekeliruan masyarakat umum

BBerkaitan

Latest articles