Jaja Cerita Ahmad Zahid, UMNO Tak Mampu ‘Bersihkan’ Bersatu

KUALA LUMPUR: Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim mengkritik sikap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mendedah dan mengaibkan keperibadian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak wajar.

Zaid berkata, tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu tidak lebih seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Malah tindakan Muhyiddin menyerang Ahmad Zahid dan UMNO tidak akan ‘menyucikan’ pandangan dan persepsi orang ramai terhadap Bersatu.

“Dia (Muhyiddin) boleh mendedahkan dan mengaibkan Zahid Hamidi 24 jam sehari, tetapi ia tidak akan membuatkan orang ramai percaya bahawa Bersatu lebih bersih daripada UMNO,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu ucapannya mendakwa bahawa, Ahmad Zahid ada berjumpanya dengan membawa fail mahkamah bertimbun-timbun untuk selesaikan kesnya.

Serangan pemimpin Bersatu terhadap Ahmad Zahid dan UMNO kini dilihat memuncak di kala Pilihan Raya Negeri (PR ) Johor yang akan berlangsung bulan hadapan.

BBerkaitan

Latest articles