JAIS Sedia Enam Pusat Kumpul Al-Quran Yang Rosak Akibat Banjir

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam pusat pengumpulan al-Quran dan buku-buku agama yang rosak kerana banjir baru-baru ini.

Lokasi yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu adalah Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai (Hulu Langat), Tanah Perkuburan Islam Johan Setia (Klang), Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya (Petaling), Masjid As-Solihin Kanchong Darat (Kuala Langat), Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor (Kuala Selangor) dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya (Sepang).

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, semua pihAK yang terjejas boleh menghantar naskah al-Quran dan buku-buku agama yang mengalami kerosakan ke masjid-masjid kariah berdekatan mulai semalam hingga 30 Disember ini sebelum semua naskah itu dikumpulkan di enam lokasi berkenaan.

Pihak masjid perlu memastikan kesemua naskah yang dihantar ditempatkan di ruang yang sesuai, selamat dan bersih serta jauh daripada laluan manusia dan haiwan bagi mengelakkan ia dilangkah dan dipijak.

Manakala bagi tempat penyimpanan tidak berbumbung pula, pihak masjid hendaklah menutup bahan-bahan tersebut menggunakan plastik atau kanvas bagi mengelakkannya basah akibat terkena hujan.

JAIS akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor menguruskan pengangkutan kesemua naskah tersebut dari masjid-masjid dan enam lokasi tersebut sebelum proese pelupusan dilaksanakan.

BBerkaitan

Latest articles