Jadikan Mesyuarat Sayap UMNO Sebagai Landasan Cambah Idea

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian di seluruh negara yang memulakan mesyuarat hari ini untuk menjadikan ia sebagai medan percambahan buah fikiran agar parti terus menjadi tiang rakyat.

Ujarnya, perkara itu penting memandangkan UMNO selamanya menjadi wadah rakyat yang memayungi kesejahteraan nusa dan bangsa.

“Bulatkan tekad demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebook rasminya hari ini.

Ismail Sabri turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua sayap berkenaan.

Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian berlangsung selama dua hari bermula hari ini sebelum disusuli Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Dis ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pula dijadual diadakan selama tiga hari bermula 13 Jan tahun hadapan.

BBerkaitan

Latest articles