KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Datuk Seri Najib Razak tidak berada dalam sel penjara.
Menerusi satu ciapan di Twitter, jabatan itu berkata ia adalah satu kenyataan palsu.
“Palsu,” kata Jabatan Penjara di Twitter hari ini.
Tangkap layar itu tertera dakwaan bahawa ‘Najib tidak berada di sel penjara’.
“Kawan baik yang sepupunya pegawai kanan penjara di Penjara Kajang berkata Najib diberi rumah dalam kawasan penjara. Rumah itu adalah dikhaskan untuk pegawai kanan penjara,” tulis pesanan mesej itu.