Jabatan Penjara Diminta Bentangkan SOP Baharu Pengendalian Tahanan

Pihak Jabatan Penjara Malaysia diminta membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu tentang cara mengendalikan tahanan di penjara dan pusat tahanan di bawah seliaan jabatan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan itu hari ini, berikutan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 tinggi daripada penjara dan pusat tahanan sejak akhir-akhir ini.

Semalam, sebanyak 394 daripada keseluruhan 692 kes positif COVID-19 yang baharu direkodkan ialah kes jangkitan di Kedah membabitkan penjara, manakala tujuh lagi dari pusat tahanan perlindungan di Taiping, Perak.

BACA JUGA : Tempoh Kuarantin Sebagai Masa Untuk Bermuhasabah

“Ini bermakna sejumlah 401 kes ini hanya melibatkan (kes) dalam penjara yang tidak mempunyai hubungan dengan masyarakat luar.

“Selain itu, 219 kes adalah daripada zon merah di Sabah yang kawasan ini telah pun dikawal pihak berkuasa dan saringan sedang dilaksanakan.

“Selebihnya hanya 71 kes melibatkan penularan dalam komuniti,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, SOP yang akan dibentangkan itu akan menyentuh proses membawa tahanan untuk pendengaran atau pertuduhan di mahkamah selain pemindahan tahanan ke penjara lain.

Katanya, ia berikutan melalui SOP sedia ada, apabila pemindahan berlaku, tahanan perlu digari dan ketika dibawa mereka berada dalam kedudukan yang agak rapat.

Ismail Sabri berkata, perkara sama juga berlaku ketika tahanan berada dalam penjara.

“Oleh itu, kerajaan hari ini berbincang dan bersetuju bahawa satu SOP baharu yang tidak lagi menggunakan SOP lama yang kita anggap salah satu punca menyebabkan berlakunya pertambahan kes positif COVID-19 dalam penjara.

“Perkara ini boleh dielakkan jika SOP baharu diperkenalkan. Kita berharap kes positif dalam penjara dapat dikurangkan.

“Dengan ini kita akan mendapat gambaran sebenar kes di luar penjara atau yang membabitkan komuniti ini kerana seperti saya sebutkan, kes dalam penjara yang menyebabkan peningkatan kes mendadak dan menimbulkan panik dalam masyarakat apabila melihat jumlah yang besar setiap kali diumumkan,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...