More

    Itu Pandangan DAP, Saya Boleh Jadi PM, Kata Anwar

    Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa dirinya memperolehi sokongan penuh untuk menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam pilihan raya kelak.

    Anwar mengulas mengenai kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang sekali lagi mencadangkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri jika Ahli Parlimen Port Dickson itu gagal mendapat sokongan.

    “Dia tidak sebut macam tu, saya baca. Dia beri pandangan, tidak mengapa kita dengar pandangan tidak ada masalah,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Program Ramah Mesra Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, semalam.

    Ini bukan kali pertama nama Shafie diangkat sebagai calon perdana menteri jika gabungan pembangkang itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

    Bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan nama ketua menteri Sabah itu dan dikatakan turut mendapat persetujuan DAP dan Amanah.

    Bagaimanapun kedua-dua parti berkenaan mengeluarkan kenyataan bersama dengan mengatakan bahawa cadangan tersebut perlu dibincangkan di peringkat parti dan gabungan berkenaan.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini