Isu Saham Azam: Peguam Negara Dilantik Terajui Jawatankuasa Khas

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dengan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai pengerusi.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, jawatankuasa berkenaan akan menjalankan penelitian menyeluruh dan bebas bagi memastikan proses siasatan dilaksanakan secara adil serta telus.

Turut menganggotai jawatankuasa itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Menurut beliau, hasil dapatan dan cadangan daripada jawatankuasa berkenaan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri serta Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan lanjut mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Kabinet telah bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas tersebut susulan dakwaan yang timbul berkaitan pemilikan saham Azam.

Beliau berkata, selepas siasatan selesai, laporan penuh akan dibentangkan semula kepada Kabinet untuk pertimbangan dan keputusan seterusnya.

BBerkaitan

Latest articles