More

    Isu pengkianatan : DAP boikot Sidang Media Pengumuman Calon PH , Perang Antara Kompenan PH Kini Tidak Berselindung ?

    Isu PKR dan Juga AMANAH yang mencalonkan Bekas Ketua Menteri Melaka dan Bekas Exco Kerajaan Negeri yang digugurkan oleh UMNO ekoran usul tidak percaya kepada Ketua Menteri Melaka sebagai calon yang mewakili Pakatan Harapan di dalam Pilihanraya Negeri (PRN)  Melaka 2021 terus menimbulkan pertikaman lidah diantara parti kompenan di dalam Pakatan Harapan.

    Isyarat jelas yang diberikan oleh DAP yang langsung tidak hadir di dalam sidang media oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam majlis memperkenalkan calon yang bakal bertanding di dalam PRN Melaka, dimana PKR mengumumkan Datuk Seri Idris Haron akan bertanding di bawah payung PKR di Asahan manakala Datuk Norazman Hassan di bawah payung AMANAH di Pantai Kundur.

    Malah portal FMT melaporkan seorang pemimpin PKR menyelar DAP atas ketidakhadiran pemimpin parti itu pada sidang akhbar Pakatan Harapan (PH) ketika mengumumkan calonnya bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

    Ia susulan seorang pemimpin DAP meluahkan “rasa tidak puas hati” parti itu terhadap tindakan PKR dan Amanah menerima dua bekas wakil rakyat Umno sebagai punca pemimpinnya tidak menghadiri acara berkenaan.

    Terbaru, pemimpin PKR yang enggan dinamakan itu berkata: “PKR dan Amanah masing-masing mengambil seorang bekas ADUN Umno dan DAP ‘tidak gembira’. Tetapi manakah rasa tidak puas hati DAP apabila Mahathir Mohamad menerima 13 Ahli Parlimen Umno masuk ke Bersatu dan PH?”

    Kata-katanya itu merujuk kepada peralihan Ahli Parlimen Umno memasuki meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum lalu, sebelum menyertai Bersatu yang ketika itu sebahagian daripada pentadbiran Pakatan Harapan.

    Pemimpin DAP lantang menentang penerimaan mana-mana bekas empat ADUN yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka.

    Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Amanah yang juga Ahli Parlimen Shah Alam pula dilaporkan turut kecewa dengan sikap kepimipinan DAP dan katanya DAP tak usah panjangkan isu, kami terima ‘katak berprinsip’, kata Khalid

    Pengarah komunikasi Amanah itu mendakwa pendirian bekas pemimpin Umno itu adalah “pendirian berprinsip dan mereka terpaksa membayar harganya”.

    Khalid Samad berkata situasi katak politik yang mahu diterima PKR dan Amanah berbeza.

    Tidak ada salahnya untuk Pakatan Harapan menerima dua bekas pemimpin Umno yang menyebabkan kerajaan Melaka tumbang, kata pemimpin Amanah Khalid Samad hari ini.

    Mempertahankan tindakan partinya untuk menerima sekurang-kurangnya seorang daripada mereka, pengarah komunikasi Amanah itu mendakwa pendirian bekas pemimpin Umno itu adalah “pendirian berprinsip dan mereka terpaksa membayar harganya”.

    Untuk rekod, Pemimpin DAP lantang menentang penerimaan Idris, Nor Azman dan dua ADUN lain iaitu Noor Effandi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka.

    Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini berkata parti itu menentang penerimaan mana-mana empat bekas ADUN berkenaan sebagai calon PH. Beliau bagaimanapun membayangkan bahawa kesepakatan dalam gabungan itu mampu mengatasi segalanya.

    “Malangnya, DAP sebelum ini telah kalah dari segi undian oleh PKR dan Amanah. Oleh itu, kami terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi perpaduan pakatan.

    “Bagaimanapun, ini tidak bermakna keputusan majoriti yang dibuat sebelum ini adalah betul,” katanya dalam satu kenyataan awal minggu ini.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini