Isu Pengeluaran KWSP: Pencarum Diingatkan Pentingnya Simpanan Di Hari Tua

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memberi kelonggaran berlebihan bagi pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana ia bertujuan menjamin masa depan pencarum selepas bersara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun, menyatakan bahawa pertimbangan khas boleh diberikan kepada pencarum dalam situasi kritikal, meskipun di luar syarat dan kaedah sedia ada.

“Ada kalanya beberapa pengecualian dan kelonggaran diberikan, dan banyak kes rayuan khusus diberi pertimbangan, terutama dalam keadaan keuzuran dan sebagainya. Jika ada kes yang mendesak, KWSP boleh memberikan pertimbangan seperti yang mereka lakukan sekarang,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid (PN), yang meminta pertimbangan bagi pencarum yang berhenti atau dihentikan kerja untuk mengeluarkan caruman secara bersasar.

Anwar menegaskan bahawa kerajaan perlu mencari keseimbangan antara membantu pencarum menghadapi kesulitan kewangan dan memastikan mereka masih mempunyai simpanan yang mencukupi ketika bersara.

Sementara itu, beliau turut merujuk kepada kadar dividen KWSP sebanyak 6.3 peratus yang diumumkan baru-baru ini, yang menurutnya menunjukkan prestasi baik dana tersebut dan memberi manfaat besar kepada pencarum.

“KWSP sudah mengeluarkan kenyataan bahawa majoriti pencarum, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu, mempunyai simpanan yang sangat kecil. Oleh itu, sebarang keputusan mengenai pengeluaran perlu dibuat dengan berhati-hati,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles