Isu Pemenjaraan Najib Akan Diulas Noryana, Shafee Di Taklimat Khas Presiden

KUALA LUMPUR: Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung hari ini akan turut menyaksikan anak Datuk Seri Najib Razak, Noryana Najwa berucap, dipercayai mengulas perihal bekas perdana menteri itu.

Malah Ketua peguambela Najib, iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut dijadualkan memberi ucapan.

Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan kedua-dua mereka akan menyampaikan ucapan kira-kira 20 minit untuk menceritakan apa yang berlaku ke atas Najib.

Isteri Najib, Datik Seri Rosmah Mansor juga akan hadir ke taklimat tersebut.

Ini adalah perhimpunan terbesar UMNO selepas Najib dipenjarakan pada Selasa lalu.

BBerkaitan

Latest articles