Isu Najib Terus Dimainkan Dalam Kempen Pertama Tun M Di Johor

AYER HITAM: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad sudah ketandusan idea untuk berkempen bagi calon-calon Pejuang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor?

Mana tidaknya, dalam kempen pertamanya di Johor, iaitu di Felda Ayer semalam, nama Datuk Seri Najib Razak disebut berkali-kali dengan dakwaan penyelewengan dana wang 1Malaysia Developemnt Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion.

Ketika berucap di hadapan kira-kira 100 orang yang hadir program Aspirasi Johor parti Pejuang, Dr Mahathir mempersoalkan kebebasan Najib bergerak ke sana sini untuk berkempen sempena PRN Johor.

“Orang biasa yang tidak pakai pelitup muka terus didenda RM1,000 tapi yang Najib setelah dihukum oleh mahkamah masih lagi bebas berbuat apa sahaja, ini kerana kerajaan hari ini bersekongkol dengannya.

“Itu juga mengapa apabila PRN ini diadakan, rakyat di negeri sudah mempunyai peluang untuk tukar kerajaan yang ada hari ini, walaupun Najib tidak bertanding namun ramai pemimpin dalam parti Najib bertanding.

“Rakyat di Johor perlu gantikan dengan kerajaan Pejuang yang mampu bangunkan negara ini kembali. Pemimpin dalam parti Pejuang ini satu ketika pernah memimpin negara dan mengharumkan negara malah dunia mengenali kita dengan nama ASEAN Tigers. Kita majukan negara,” ucapnya.

Ini merupakan kempen pertama bekas perdana menteri itu selepas rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Januari lepas.

Pengerusi Pejuang itu bagaimanapun berkata tidak sangka dapat turun padang memberi sokongan kepada calon-calon parti berkenaan.

“Saya tidak sangka akan masih berperanan dalam politik ketika ini kerana keadaan kesihatan saya. Namun saya bersyukur.

“Saya ingin beritahu anda semua rakyat Johor, Dewan ini telah terbubar dengan sendirinya sebelum ajal tiba. Ini kerana rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan hari dan rakyat di negeri ini telah di pilih untuk memilih kerajaan mereka sekali lagi,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles