Isu Kroni: Anak-anak Tun M Beli Syarikat Besar Selepas Dimiliki Taikun

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menempelak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau tidak memiliki kroni seperti yang sering dituduh segelintir pihak.

Najib, dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan anak-anak bekas Perdana Menteri itu bertindak membeli syarikat-syarikat besar negara selepas dua tahun ia dimiliki oleh taikun tempatan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, adik seorang taikun telah membeli syarikat tersenarai Diperdana Corp. Bhd pada tahun 1994 yang pada masa itu merupakan syarikat pengangkutan ketiga terbesar negara.

Nama taikun berkenaan, menurut Najib, sedang menjadi sebutan selepas kes dadah melibatkan anaknya dikurangkan tuduhannya oleh Tan Sri Tommy Thomas semasa beliau menjadi Peguam Negara semasa di bawah kerajaan Dr Mahathir.

Diperdana Corp. Bhd bagaimanapun dijual kepda anak sulung Dr Mahathir yang berumur 37 tahun pada ketika itu, kurang dua tahun selepas memiliki syarikat berkenaan.

Bukan itu sahaja, dedah Najib lagi, anak kedua Dr Mahathir juga membeli rangkaian hospital terbesar negara, iaitu  Hospital Pantai pada tahun 1997.

Jual beli itu berlaku dalam tempoh dua tahun selepas taikun tersebut membelinya.

”Rasanya cara melabur taikun ini ialah dengan membeli syarikat-syarikat tersenarai untuk dijualkan semula kepada anak-anak muda Mahathir tak sampai dua tahun selepas membelinya kot.

”Kebetulan juga taikun tersebut banyak mendapat pebagai projek-projek kerajaan pada masa Tun jadi PM4 pula.

”Tak ada kroni, ya? Cuma ada kebetulan sahaja kot. Saya beri dua contoh kebetulan,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam satu kenyataan pada hari ini menegaskan, beliau tidak memiliki kroni seperti yang dituduh beberapa pihak.

Pengerusi Pejuang itu mendakwa dirinya senang memberi bantuan kepada mereka yang memiliki kebolehan.

Malah Dr Mahathir mendakwa sepanjang mentadbir negara, beliau telah membawa ramai usahawan di negara ini, meskipun ada dalam kalangan mereka gagal menggunakan peluang yang ditawarkan.

Malah Dr Mahathir juga mendakwa dirinya sengaja memberi tekanan kepada Najib selepas bekas Perdana Menteri itu juga tidak menurut kemahuannya.

Sementara itu Najib mendakwa beliau mempunyai banyak senarai kroni Dr Mahathir.

”Banyak tu.. nak saya senaraikan? Okay, saya beri satu contoh saja. Kalau nak saya senaraikan yang lain, Tun M sila tanya saya,” kata Najib.

Ujar Najib, ketika akhir pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 2003, beliau didakwa telah memberi lesen monopoli syarikat judi bola/sukan selama 20 tahun tanpa tender dan tanpa kelulusan Kabinet kepada taikun tersebut dengan caj lesen cuma RM25 juta.

Padahal nilai lesen tersebut adalah berpuluh bilion ringgit memandangkan tempoh yang panjang itu.

Bagaimanapun, kata Najib, lesen itu dibekukan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan olehnya semasa mereka menjadi perdana menteri.

BBerkaitan

Latest articles