Isteri Dan Suami Orang Tinggal Serumah Dicekup JAIK

 

Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menangkap dua individu, yang merupakan isteri dan suami orang selepas kedua-duanya tinggal bersama di sebuah unit kondominium di Jalan Langgar, Alor Setar, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata penangkapan itu dibuat hasil maklumat orang awam.

Wanita yang berusia 32 tahun dan pasangannya, 39 tahun ditahan dalam pemeriksaan jam 11.40 malam tadi.

“Wanita yang bekerja di syarikat swasta itu memberi alasan sudah tidak sefahaman dengan suaminya dan menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan yang bekerja di syarikat pengiklanan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri malah mengaku masing-masing sudah berkahwin,” katanya.

Hasil maklumat diperolehi dimaklumkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan baru sahaja tinggal di kediaman itu selama empat hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berkhalwat, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini