Israel Terus Bedil Palestin, Makin Ramai Rakyat Palestin Syahid

Hari demi hari, apabila tentera Israel Zionis melakukan serangan udara ke atas Gaza di Palestin makin ramai orang Palestin mati syahid selepas maut akibat serangan tersebut.

Hari ini ada khabar menyayat hati dan berita yang mencetuskan rasa marah kita sebagai umat Islam apabila gambar seorang bayi dan seorang pejuang Palestin yang berbeza bentuk badannya menjadi korban kerakusan nafsu Israel.

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ketiadaan kaki tidak langsung menjejaskan dirinya untuk bersemangat berjuang melawan tentera Israel. Bagaimanapun, viral di media sosial seluruh dunia hari ini gambar jenazah beliau yang akhirnya syahid selepas terkena serangan Israel.

Biarpun sudah meninggal dunia, wajahnya masih kelihatan tenang dan bersih terbaring tidak bernyawa.

Beberapa keping gambar yang viral di dunia memaparkan lelaki ini menggunakan senjata seperti sejenis lastik yang diletakkan batu untuk dilemparkan ke arah askar Israel.

Satu lagi gambar tular ialah jenazah bayi comel Mena Shrair yang diselimuti bendera Palestin. Bayi itu maut selepas rumahnya ranap akibat bedilan tentera Israel Zionis di Gaza. Inilah kekejaman rejim Israel yang dikepalai oleh Israel Defense Force (IDF).

Pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu sudah memberikan kenyataan bahawa mereka akan terus menyerang dan membedil Palestin walaupun tekanan diberikan di seluruh dunia dari negara-negara lain untuk menghentikan serangan.

Begitulah betapa angkuhnya mereka. – THE RAKYAT INSIGHT

 

BBerkaitan

Latest articles